Madrasah

E-mail Print PDF

madrasah aleem siddique

Madrasah Masjid Abdul Aleem Siddique lahir pada bulan Januari 1992.  Ia hasil cetusan idea Allahyarham Haji Abdul Majid Abdul Hamid, Pengerusi LPM ketika itu.  Dengan kerjasama Allahyarham Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri dan Cikgu Khairunan Ali dari MUIS,

 maka lahirlah madrasah ini dengan sokongan material yang disumbangkan oleh Haji Abdul Aziz Kajai dari Syarikat Muslim Casket.

Mmadrasah aleem siddiqueadrasah ini menawarkan pendidikan ukhrawi dari peringkat tadika hingga ke peringkat menengah empat.  Sejak penubuhannya, Madrasah Masjid Abdul Aleem Siddique menerima sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat sekeliling.  Bukti yang paling ketara ialah dengan bertambahnya bilangan murid.  Pada 1992, terdapat sekitar 200 orang murid.  Jumlah ini berganda kepada sekitar 500 orang murid pada tahun 1995 dan kini terdapat lebih 800 orang murid.  Kelas-kelas yang diadakan juga ditambah.  Pada mulanya, madrasah ini hanya beroperasi dengan dua sesi pada hari Ahad sahaja.  Sejak 1995, dengan bertambahnya bilangan murid-murid, madrasah ini telah beroperasi pada hari Sabtu dengan mengadakan tiga sesi.

Madrasah Masjid Abdul Aleem Siddique sedia menghulurkan khidmat lebih berkesan kepada masyarakat Islam setempat dan bersiap sedia untuk menyahut cabaran pendidikan madrasah separuh masa pada masa hadapan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi talian 63456504 atau 63454462.

 

 

You are here: Home Madrasah